SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI JOHOR

TARIKH: 28/1/2023
TEMPAT: DEWAN BESAR CHEE ANN KHOR

 

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor turut dihadiri oleh Duta Perpaduan Johor. Majlis dirasmikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Turut hadir bersama YB Ling Tian Soon Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YB Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam, YB Datuk Samsolbari bin Jamali, Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor, Tuan Hj Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat barisan EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, NGO dan semua rakyat Johor. Penglibatan semua kaum dalam perayaan Tahun Baru Cina ini memberi petunjuk jelas terhadap perpaduan dan toleransi Bangsa Johor berbilang kaum dan seterusnya memberi kesedaran yang tinggi kepada Duta Perpaduan untuk mengamalkan penerimaan dan toleransi sesama masyarakat.