PROJEK KOMUNITI DPJ 1.0

PROJEK KOMPCOST DI BATU PAHAT

 

Projek kompcost ini dapat mewujudkan one stop centre bagi baja kompos di Balai Raya Taman Mewah, Yong Peng dan menggunakan baja kompos untuk Tanaman Komuniti Taman Mewah serta untuk menyepadukan komuniti KRT yang terdiri pelbagai bangsa.

PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI DI KOTA TINGGI

 

Projek berkonsepkan pertanian dan secara berterusan. Penyemaian sayur-sayuran adalah melalui kaedah dan perancangan pertanian terancang; komposisi tanah, jenis tanah, jenis baja, jenis sayuran, tempoh penyemaian, faktor cuaca, dsb. Sayur pilihan; Bendi.

 

PROGRAM TANAMAN HIDROPONIK DI KLUANG

 

Projek tanaman hidroponik ini melibatkan KRT Bandar Baru Ibrahim Majid, Kluang. Sistem hidroponik ini dilaksanakan dengan kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pokok ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunakan tanah. Sayuran yang ditanam adalah sawi dan bak choy. Sayuran yang menggunakan sistem hidroponik lebih nutrisi berbanding kaedah lain.

 

PROJEK MINI LIBRARY DI JOHOR BAHRU

 

Projek mini library ini telah dilaksanakan di KRT Bacang, Pasir Gudang, Johor. Projek ini dimulakan dengan mengubah tempat dari Balai Komuniti ke Pejabat KRT Bacang. Seterusnya, perancangan untuk membeli peralatan bagi menyediakan mini library dilaksanakan. Ruang mini almari diukur untuk melihat kesusaian perabot yang ingin digunakan. Projek ini berjaya dilaksanakan dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti.

PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI DI JOHOR BAHRU

Projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang inovatif pertanian menggunakan tong drum dan tanpa cangkul yang mana dapat membantu komuniti meningkatkan hasil tanaman secara optimum.

 

 

PROGRAM JOM SIHAT DI KULAI

Program jom sihat ini dilaksanakan di KRT Meranti dan KRT Batai. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah pemeriksaan kesihatan (paras gula dalam darah, tekanan darah, berat, tinggi dan indeks BMI), ceramah kehiatan “Wanita & Kanser”, kaunter penerangan dan pendaftaran PEKA40, senaman chairobic, pameran denggi, kaunter Duta Perpaduan Johor dan kuliah maghrib ceramah kesihatan “Lelaki & Kanser”.