PROJEK KOMUNITI DPJ 2.0

PROGRAM ‘MENAKSIR PANTAIKU’

 

Program ‘MENAKSIR PANTAIKU’ merupakan satu program yang menggalakkan remaja dan komuniti setempat untuk menjaga kebersihan dan keindahan Pantai Minyak Beku.

RUMAH ILMU KOMUNITI


Program ini dilaksanakan untuk memberi pendidikan secara berkala kepada komuniti/masyarakat terutamanya kanak-kanak di kawasan setempat. Ini merangkumi pendidikan akademik dan keagamaan.

GO GREEN: AQUANUTRIPORT FERTIGASI

 

Projek ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang penanaman pokok secara moden menggunakan keadah penanaman Fertigasi. Projek ini merupakan asas kepada subjek Reka Bentuk Teknologi RBT (Pertanian) yang termasuk didalam silibus pembelajaran di sekolah.

U-HEALTH: KESIHATAN PEMANGKIN PERPADUAN

 

Program ini memfokuskan kepada kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian. Isi kandungan program ini adalah terdiri daripada aktiviti zumba, acara FunWalk, pertandingan Step-Up Sprint, pameran dan pemeriksaan kesihatan, perkongsian ilmu kesihatan, serta jualan makanan sihat.

PROJEK ILMUWAN JAUHAR


Projek ini merupakan satu usaha untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pendidikan khususnya melibatkan elemen 3M. Satu modul diwujudkan bagi membantu mereka untuk menguasai kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira.

PROGRAM UNITE MALAYSIA

 

Program ini diadakan di Sekolah Menengah bagi menyampaikan maklumat berkaitan dengan kesedaran berkaitan perpaduan. Pihak PDRM dijemput bagi mengupas isu dan cara mengatasi konflik perpaduan.

MULTI CULTURAL MINI MUSEUM


Program ini diadakan untuk mempersembahkan pakaian pelbagai budaya, permainan tradisional setiap kaum, muzik dan alatan tradisional dan aktiviti cubaan pakaian tradisional.

SEMINAR ‘UNITY IS ONE’

 

Seminar ‘Unity is One’ ini diadakan bagi mendedahkan pelajar sekolah tentang isu rusuhan kaum yang sering berlaku sejak kebelakangan ini. Seminar ini sangat penting bagi mengelakkan daripada berlakunya rusuhan kaum dalam kalangan pelajar.

TANAM JADI BENIH, BUANG JADI DUIT

 

Program ini dijalankan bagi memperkasakan budaya keusahawanan dalam kawasan rukun tertangga melalui inovasi dalam sektor agroteknologi yang bersifat lestari.

KEBUN SEKOLAH MODEN

 

Projek Kebun Sekolah Moden merupakan satu usaha untuk menaiktaraf landskap sekolah menjadi sebuah kebun sayur-sayuran yang boleh berfungsi sebagai ruang pembelajaran dan melestarikan alam di kawasan sekolah.

KARNIVAL SENTUHAN SEJAHTERA: MASYARAKAT BERSATU

 

Program ini dilaksanakan dalam bentuk karnival anjuran Duta Perpaduan Johor bersama KRT Taman Desa Permai. Program yang dijalankan adalah seperti kempen antidadah oleh AADK dan kelab Pemadam, program penjagaan kesihatan dan plogging, dan bengkel kemahiran seperti bengkel kecantikkan dan solekan, pastri dan kek.

PROGRAM ECOWARRIORS HUB DI DAERAH JOHOR BAHRU

 

Program ini diadakan untuk mengumpul minyak masak terpakai di KRT. Minyak masak terpakai akan digunakan untuk menghasilkan sabun dan lilin. Sesi perkongsian untuk penghasilan sabun dan lilin akan dilaksanakan oleh Duta Perpaduan Johor. Sabun dan lilin yang dihasilkan boleh dijual bagi menjana pendapatan KRT.

KURSUS PERSONALITI ANGGUN

 

Program ini merupakan satu jalinan kerjasama di antara pihak JPNIN Johor, Pejabat Perpaduan Daerah Kluang,  Kolej Komuniti,  Duta Perpaduan Johor dan  Kawasan Rukun Tetangga Taman Delima. Pelaksanaan program ini dapat membimbing  masyarakat dalam meningkatkan ilmu kemahiran diri dan mendorong untuk menjadi lebih produktif.

TEENAGE UNITY AND SUSTAINABILITY (TUAS)

 

Program ini merupakan bengkel berasaskan kepimpinan dan perpaduan yang melibatkan pelajar PRS dan Pengawas sekolah daripada beberapa sekolah di daerah Mersing. Program ini dapat mengasah bakat dalaman pelajar dalam bidang kepimpinan dan melahirkan pemimpin muda yang berkaliber dan sahsiah diri yang tinggi.

COMPUTER CLINIC INOVATION AND CREATIVITY

 
Program ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar sekolah.

SUMMER CAMP

 

 

Program ini merupakan aktiviti perkhemahan bersama belia untuk meningkatkan sahsiah, jati diri dan keyakinan diri pemimpin muda sejurus dapat melahirkan lebih ramai remaja alaf baharu yang aktif dan berkarisma dan seterusnya dianugerahkan “Anugerah Remaja Perdana”.