TARIKH: 21-22/3/2023
TEMPAT: HOTEL IBIS STYLE
Perbincangan untuk membuat penilaian terhadap pencapaian DPJ berdasarkan rubrik penilaian kendiri (softskill & hardskill) dan Penilaian Projek Komuniti yang dilaksanakan oleh Duta Perpaduan Johor telah diadakan bersama Fasilitator dan Pakar Rujuk DPJ. Program ini juga memberi peluang kepada DPJ untuk memberi cadangan penambahbaikan bagi menjayakan dan mengatasi permasalahan yang telah berlaku semasa melaksanakan Projek Komuniti.