TARIKH: 10/6/2023
TEMPAT: DEWAN TAMAN MAWAR, PASIR GUDANG
DPJ terlibat dalam Pertandingan Muhibah Gawai Kaamatan: Kumang Gawai, Unduk Ngadau dan Buvazoi Tavantang sempena Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan Dan Gawai. Program ini memberi pengalaman kepada DPJ untuk merasai sendiri etnik, budaya dan kepelbagaian adat resam serta keunikan Sabah dan Sarawak sekaligus membangkitkan semangat muhibbah dan setiakawan dalam masyarakan majluk Malaysia. Program ini dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Turut hadir, YBhg. Dato; Indera Noridah Binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YB Tuan Ling Tian Soon, Exco Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor.