TARIKH: 15/7/2023
TEMPAT: AUDITORIUM PERMATA SARI, RTM JOHOR
Duta Perpaduan Johor bersama-sama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Johor bersama-sama menjayakan Pertandingan Tarian Silang Budaya Peringkat Negeri Johor. Program ini dirasmikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YB Ling Tuan Soon, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Alam Sekita, Warisan dan Budaya Negeri Johor YB Raven Kumar, Pegawai Kewangan Negeri Johor YB Dato’ Hj Sallehuddin Bin Hj Hassan dan ADUN Kota Iskandar YB Pandak Bin Ahmad. Program ini mampu mengangkat dan menyemai nilai-nilai budaya yang ada di Johor khususnya dalam kalangan generasi muda.